PLAN PERNIAGAAN NONI

Rahsia Alam Semulajadi Untuk Kesihatan Dan Pendapatan Anda.


B-SWAN Menjana INCOME Mudah & Berterusan

Dengan hanya menggunakan produk NONI dan kekuatan produk yang sedia ada, Noni B-Swan telah mensasarkan satu Pelan Pemasaran yang menarik, mudah dan senang untuk dicapai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Agen. Pelan Pemasaran berikut sama bagi kesemua produk di bawah B-Swan, sama ada produk Noni ataupun produk syampu B-Swan.
Terdapat 4 jenis Bonus yang disediakan bakal dinikmati oleh ahli berdasarkan kepada prestasi individu dan prestasi kumpulan.



1. Fast Start Bonus

Untuk menjadi agen, anda perlu mengeluarkan modal bonus RM150 bagi Pakej Classic. Dengan modal ini anda akan dapat 1 botol besar Noni / 5 botol kecil Noni. Pakej ini membolehkan anda mendapat bonus maksimum sehingga RM360 sehari. Sekiranya anda mampu untuk mengeluarkan modal yang lebih tinggi, anda boleh menyertai Pakej Silver pada harga RM750 (25 botol 10ml/5 botol 50ml) dan Pakej Gold pada harga RM1500 (50 botol 10ml/10 botol 50ml). Untuk Silver, bonus maksimum yang boleh anda terima sehari ialah RM1800 dan bagi Gold anda akan mendapat maksimum RM3600 sehari! Perhatikan carta di bawah:



Pengiraan Bonus:
Pengiraan Bonus adalah berdasarkan jumlah cycle yang anda capai melalui pencarian agen-agen lain, atau lebih dikenali sebagai downline di mana mereka membeli produk. Bonus adalah berdasarkan sistem binari di mana anda ada kaki di sebelah kiri dan sebelah kanan (left/right). 1 cycle dikira apabila terdapat sekurang-kurangnya 1 ahli Classic di sebelah kiri/kanan dan 2 ahli Classic di sebelah kaki yang lain. Kaki yang mempunyai bilangan downline yang lebih banyak dikenali sebagai strong leg dan kaki yang mempunyai sedikit downline dikenali sebagai weak leg.


Apabila kondisi di atas berlaku, maka 1 cycle akan tercapai dan anda akan mendapat bonus sebanyak RM36 pada hari tersebut.

Dalam contoh di atas, ada 2 cycle maka bonus berjumlah RM72 telah berjaya dicapai pada hari tersebut. Sekiranya pada hari tersebut terdapat lebihan pada strong leg, ia akan dibawa ke hari seterusnya (carry forward). Kesimpulannya, sistem akan melihat berapa banyak cycle dengan nisbah 1:2 yang dapat dicapai dan bakinya akan dibawa ke hadapan.


Untuk pakej Classic, maksimum satu hari adalah 10 cycle dan sekiranya lebih daripada 10 cycle pada weak leg (lebih dari RM360) maka syarikat akan mengambil lebihan weak leg tersebut. Weak leg akan flush (menjadi 0 pada hari berikutnya) manakala baki strong leg akan carry forward (bawa kehadapan). Dalam contoh di atas, sekiranya ada lebihan cycle pada weak leg maka ia perlu didarab dua pada strong leg. Ini bermakna weak leg akan flush dan baki 10 pada strong leg akan carry forward ke hari berikutnya. Jadi pada hari tersebut hanya 10 cycle dan bukan 11 dikira. Maka anda akan mendapat RM360 sahaja dan 10 yang berbaki itu menjadi strong leg pada hari seterusnya dan menunggu untuk dipadankan dengan weak leg.



Untuk pakej Silver, maksimum satu hari adalah 50 cycle dan sekiranya lebih dari 50 cycle pada hari itu (lebih dari RM1800) maka syarikat akan mengambil lebihan tersebut. Jika dilihat dari contoh di atas, hanya 50 cycle dikira dan weak leg ( 20 ) akan flush manakala strong leg ( 60 ) akan dibawa ke hari esoknya.


Untuk pakej Gold, maksimum satu hari adalah 100 cycle dan sekiranya lebih dari 100 cycle, maka syarikat akan mengambil lebihan tersebut. Ini bermakna pemilihan pakej adalah penting dan pakej yang diambil tidak boleh diupgrade ke pakej yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun anda perlu daftar akaun yang lain untuk membolehkan anda memilih pakej yang lebih tinggi.
Dengan fast start bonus ini, bonus anda akan dikira sehingga infiniti level downline anda. Ini bermakna sekiranya group anda (anda dan downline-downline anda, tidak kira level berapapun mereka di bawah anda) mencapai 100 cycle sahaja sehari, maka anda akan dapat RM3600 setiap hari!
Cycle dalam program ini adalah berdasarkan jumlah produk yang terjual, bukan dari rekruitment agen semata-mata. Ini bermakna "repeat customer" boleh menyumbang kepada bonus anda. Katakan anda memiliki akaun Gold, maka kalau 100 unit botol besar di kiri dan 200 unit botol besar terjual dalam kumpulan anda, maka anda akan dapat bonus walaupun daripada "repeat customer" tanpa anda merekrut agen baru! Jadi, peluang anda untuk mendapat bonus akan sentiasa ada selagi ada yang membeli dari group anda. Mudahkan?


2. Leadership Bonus

Bonus yang kedua ialah bonus kepimpinan (leadership bonus). Setiap agen yang anda taja, anda akan mendapat 10% dari jumlah income Fast Start Bonus nya. Selain itu anda juga mendapat 5% bonus dari tajaan direct downline anda.


3. Auto Maintenance / Reconsumption

Bonus yang ketiga adalah Bonus Automaintain. Bonus ini hanya layak bagi agen yang memperolehi pendapatan keseluruhan RM330 sebulan (lebih kurang USD100 ). Maka syarikat akan menolak RM150 daripada bonus anda untuk automaintain dan menghantar kepada anda sebotol Noni 50ml. Automaintain berlaku sekali sahaja dalam sebulan apabila income anda mencapai RM330 keatas.
Setiap downline anda (sehingga ke 18 level) yang mencapai tahap seperti ini juga akan menyumbang sebanyak RM6.60 (iaitu 4.4%) kepada bonus anda.



Berikut adalah contoh pendapatan jika anda merekrut tiga orang sahaja dan melatih mereka untuk berbuat seperti anda. Jadual di bawah mungkin bersifat ideal tetapi masa untuk anda mencapai ke tahap mendapat pendapatan maksimum banyak bergantung kepada pakej yang anda ambil, usaha yang anda letakkan dan sejauh mana anda melatih agen / downline anda berbuat yang sama.




Mobile Stokis adalah salah satu pakej untuk usahawan yang benar-benar serius untuk membina dan membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dengan itu, syarikat amat berbesar hati untuk menawarkan ganjaran yang lebih besar, sesuai dengan modal yang mereka keluarkan. Program Mobile Stokis ini juga bertujuan untuk menambah pusat-pusat pengedaran Noni dan mempelawa usahawan yang berminat untuk mengedarkannya kepada agen dan juga end-customer melalui sistem peruncitan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi introducer / upline anda atau hubungi 013-5611100
Pembayaran bonus akan dikredit terus ke akaun CIMB anda (Tiada ewallet). Pengiraan bayaran bonus akan dikira setiap hari mulai hari Isnin hingga Isnin dan akan dikredit ke akaun pengedar pada setiap hari Jumaat